Kuala Terengganu, 25 Mac - Polis Terengganu menggunakan media sosial sebagai langkah untuk berkomunikasi serta mendekati seluruh lapisan masyarakat di negeri itu.
Alternatif yang dilaksanakan itu bertepatan dengan sambutan Hari Polis ke-208 tahun ini iaitu 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dan selaras dengan prinsip Transformasi Terengganu Baru (TTB).
Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil berkata pihaknya kini menggunakan media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai perantara bersama kerana masyarakat kini lebih cenderung menggunakan media sosial untuk melaporkan sesuatu kejadian jenayah di kawasan mereka.
"Kami juga menggunakan kumpulan WhatsApp ini kepada Ahli Jawatankuasa Masjid di seluruh Terengganu bagi memudahkan mereka melaporkan sebarang kejadian di masjid mahupun kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas sambutan
Hari Polis di sini hari ini.
Jelasnya pihaknya memperluas peranan 1Masjid 1Polis dengan melakukan penambahbaikan, menggunakan setiap saluran yang ada.
Katanya setakat ini lebih 600 masjid di seluruh Terengganu mula menggunakan aplikasi tersebut untuk berhubung dengan pihak polis yang mula diperhebatkan sejak awal tahun lalu.
Hashim berkata walaupun ia masih di peringkat percubaan namun ia menunjukkan perkembangan positif dan kajian selama empat bulan sekali akan dilaksanakan bagi melihat keberkesanannya.

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire