KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dikenakan ke atas sewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, antara yang akan dikenakan GST ialah ke atas premis perniagaan atau komersial seperti gerai.
"Secara prinsipalnya, GST tidak akan dikenakan ke atas sewa perumahan, kompaun dan saman-saman," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall Parlimen Batu di Dewan Komuniti Batu Muda, dekat sini hari ini.
Katanya kadar sewa yang dikenakan bagi unit rumah PPR yang dikhaskan kepada golongan berpendapatan rendah di bandar raya ini masih RM124 sebulan dan tidak akan dikenakan sebarang cukai buat masa ini.
Menurut beliau, bagaimanapun kadar GST sebanyak 6 peratus akan dikenakan ke atas sewa premis komersial seperti gerai, kilang dan kedai serta bagi penggunaan dewan, stadium dan kompleks sukan.
Selain itu, Ahmad Phesal berkata GST akan turut dikenakan ke atas jualan dokumen, tiket-tiket seperti tandas, menunggang kuda, menaiki bot serta kolam renang.
Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan senarai perkhidmatan yang akan dikenakan GST untuk makluman orang ramai dan akan mengadakan sesi penjelasan bagi mengelak kekeliruan orang ramai terhadap pelaksanaan GST.
Katanya, seperti yang disarankan kerajaan, GST akan mula dilaksanakan pada 1 April ini dan DBKL akan membuka kaunter khas bagi memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan mengenainya. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire