dimanche 26 avril 2015

Urus niaga sistem barter masih wujud di Sukaratu


Ipi membenarkan jual beli secara sistem barter dilakukan di kedainya di Kampung Babakan Kiara, Desa Indrajaya di mukim Sukaratu di Tasikmalaya, Jawa Barat.

TASIKMALAYA, Jawa Barat - Kaedah jual beli barang tanpa menggunakan wang atau sistem barter dianggap tidak lagi wujud pada zaman serba moden, namun bagi penduduk di Kampung Babakan Kiara, Desa Indrajaya di mukim Sukaratu di sini, amalan masyarakat zaman dahulu kala itu masih lagi wujud.

Sistem barter itu dilakukan penduduk yang kebanyakannya kurang berkemampuan dengan membawa hasil pertanian dan ternakan mereka ke kedai milik Ipi, 67, yang terletak di pinggir kampung itu.

Hampir setiap hari, ada sahaja penduduk yang membawa komoditi untuk ditukar dengan barang yang diperlukan mereka seperti beras, minyak masak, ikan masin, mi segera, telur serta barang keperluan rumah tangga.

“Hampir setiap hari, ada sahaja warga yang datang membawa hasil tani seperti kangkung, kacang buncis, cili, beras dan sebagainya untuk ditukar dengan barang yang terdapat di kedai Ipi sesuai dengan keperluan mereka,’’ kata Ipi kepada Tribunnews.com.

Selain kedai Ipi, sistem barter juga boleh dilakukan di kedai milik Kiat yang mengusahakannya bersama isterinya, Aah.

Pada mulanya, Ipi dan Aah bingung untuk menolak permintaan penduduk yang mahu menukar barangan mereka, namun oleh kerana didorong rasa kasihan dengan keadaan penduduk itu, mereka akhirnya membenarkannya.

“Tidak begitu terasa dengan jual beli menerusi sistem barter ini kerana amalan itu terus berlaku hingga sekarang,’’ kata Ipi menambah, hampir 25 peratus penduduk kampung adalah dari golongan kurang mampu.

Secara ironinya Ipi menjelaskan, nilai transaksi itu tidak begitu seberapa iaitu nilainya tidak sampai belasan apatah lagi puluhan ribu rupiah, hanya sekitar ribuan rupiah sahaja, namun dia harus merelakannya meskipun tidak mendatangkan keuntungan buatnya.

“Ada penduduk yang bawa seikat kangkung dan minta untuk ditukar dengan ikan masin. Setelah dinilai, ikan masin yang dapat diberikan sangat sedikit. Tetapi oleh kerana kasihan, saya tambah sahaja dan anggap pemberian itu sebagai sedekah,’’ katanya.

Namun, bagi mereka yang membawa buah kelapa, dia terpaksa menolak untuk melakukan sistem barter kerana menurutnya, buah kelapa tidak mempunyai nilai dengan paling mahal hanya 1,000 rupiah (27 sen) sebiji.


- See more at: http://ift.tt/1Icm3dE


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire