PULAU PINANG 25 Mac - Kegiatan seorang lelaki yang mencuri motosikal dan kemudian dengan berani menjualnya di laman sosial Facebook berakhir apabila dia diberkas polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi 9 Mac lalu, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an ditahan selepas selesai menjual motosikal berkenaan di sebuah stesen minyak di Jalan Burmah di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, susulan penahanan lelaki berkenaan, pihaknya berjaya menyelesaikan sebanyak 17 kes curi motosikal di kawasan Bandar Baru Air Itam di sini. - UTUSAN ONLINE
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire