GEORGE TOWN - Polis menahan seorang atendan hospital swasta dan tiga pelajar sekolah disyaki terlibat dalam kegiatan samun selepas menahan sebuah kereta di Jalan Campbell, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada kejadian pukul 11 pagi itu sepasukan anggotanya yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah mengarahkan mereka berhenti kerana didapati berkelakuan mencurigakan.
"Bagaimanapun pemandu kereta jenis Proton Saga itu terus memecut namun mereka gagal meloloskan diri dan dapat diberkas beberapa kilometer dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan dua parang panjang yang dibalut dengan surat khabar disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang dan empat topi kaledar bercermin gelap dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.
Beliau berkata, kesemua suspek termasuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. - Bernama

Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire