vendredi 24 avril 2015

Hirisan ayam garing, pencicah bangkitkan selera



Azimah menunjukkan nasi ayam yang siap dibungkus.
< 1 / 1 >
WALAUPUN nampak ringkas dihidangkan dengan seketul ayam goreng, pencicah, kicap dan sup kosong tetapi nasi ayam tetap ada peminatnya tersendiri.

Lebih istimewa, ramuan pelbagai rempah ratus pada nasinya pasti membangkitkan selera.

Selepas mencuba sendiri, ternyata Nasi Ayam zaki memang sedap terutamanya hirisan ayam yang garing dengan pencicahnya.

Dek keenakannya itulah, kedai Nasi Ayam Zaki di hadapan Stesen Bas Tumpat mampu bertahan selama 20 tahun.

Nasi ayam air tangan peniaga, Azimah Ismail, 43, mempunyai peminatnya sendiri dan dia antara peniaga yang terawal berniaga nasi ayam di bandar Tumpat.

Azimah berkata, resipi asalnya adalah ciptaan suaminya, Zaki Che Amran, 49, yang kini membuka sebuah restoran dikenali Warisan Nasi Ayam di bandar Tumpat, tidak jauh dari kedainya.

Pada peringkat awal, suaminya yang menjadi tukang masak dan dia sebagai pembantu kedai.

“Selepas menimba ilmu dengan suami yang pernah bekerja di sebuah restoran nasi ayam, saya yakin dapat memasak nasi ayam dengan rasa sama seperti air tangan suami,” katanya.

Kedai Nasi Ayam Zaki dibuka pada jam 11 pagi hingga 10 malam dengan dibantu anak sulungnya, Nurul Aima, 21.

Azimah berkata, sehari dia memerlukan 26 ekor ayam yang direbus dan kemudiannya digoreng.

“Nasi ayam saya diterima semua lapis masyarakat dan pelbagai peringkat umur.

“Ia dihidangkan dengan sup kosong, ayam goreng, kicap dan pencicah serta diserikan dengan hirisan timun dan salad dijual dengan harga RM4 sepinggan,” katanya.


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire