vendredi 24 avril 2015

Pengerusi Google terima bayaran AS$109 juta walaupun saham firma merudum



SAN FRANCISCO – Enjin carian internet, Google membayar Pengerusi Eksekutifnya, Eric Schmidt (gambar) hampir AS$109 juta (RM389.63 juta) tahun lalu semasa saham firma ber*kenaan merudum.

Sebahagian besar bayaran itu melibatkan saham bernilai AS$100 juta (RM357.46 juta).
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs

Ia pakej saham terbesar yang diterima Schmidt sejak 2011 apabila Google Inc. memberikannya saham bernilai AS$94 juta (RM336.01 juta) semasa beliau melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Google kepada pe*ngasas bersama firma itu, Larry Page.

Beberapa dokumen yang difailkan kepada pihak berkuasa kelmarin mendedahkan bahawa Page mengehadkan gajinya kepada AS$1 (RM3.57) pada 2014 seperti yang telah dilakukannya sejak beberapa tahun lalu.

Selain saham, Schmidt turut menerima gaji berjumlah AS$1.25 juta (RM4.46 juta), bonus mencecah AS$6 juta (RM21.44 juta) dan beberapa imbuhan lain yang bernilai hampir AS$1 juta (RM3.57 juta).

Dalam pada itu, majalah Forbes menganggarkan Schmidt sudah mempunyai kekayaan sebanyak AS$9 bilion (RM32.17 bi*lion). – AP


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire