samedi 25 avril 2015

Polis tahan wanita separuh bogel di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita warga tempatan kerana berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Kelakuan wanita tersebut dirakam dan video yang durasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur tersebar di laman sosial, kelmarin.

Dalam video itu, wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibeli sebelum membuka baju serta baju dalamnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, susulan kejadian tersebut, wanita itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

“Ketika ditahan wanita tersebut bagaimanapun gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Berdasarkan maklumat lisan, wanita berusia 32 tahun itu, adalah rakyat Malaysia, dan bukannya warga Iran seperti didakwa orang ramai,” katanya.



sumber:http://ift.tt/1E2xQbt


Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire