dimanche 1 mars 2015

Ask/Help (WTA) Siapa buat bisnes rumah sewa? apa tindakan patut buat kalau penyewa buat hal?

Salam,



saya mempunyai sebuah rumah teres yang mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air, dah 11 tahun mak saya bagi orang sewa rumah tu dan sekarang saya yang ambil alih urusan sewaan, sewa sebulan RM480, dan untuk permulaan masuk syarat yang saya tetapkan:



1. RM480 sewa sebulan+

2. RM480 deposit sebulan+

3. RM150 deposit Air dan Elektrik



saya iklankan rumah saya pertengahan bulan febuari untuk kemasukan segera dan sewa bulan febuari saya ambil cuma separuh iaitu RM240, tetapi saya dapat panggilan orang jauh dari luar yang transfer dekat sini bersungguh2 merayu saya untuk menyewa rumah saya, saya pun tak sampai hati dan bagi padanya dengan syarat sebagai tanda jadi menyewa saya ambil RM200 dan dia transfer melalui cimbclicks. Dia cakap nak menyewa awal bulan Mac, sebabkan kasihan saya terima dan saya sebenarnya dah hilang setengah bulan sewa febuari tersebut kerana telah deal dengan penyewa tadi. selepas deal tadi sehingga akhir bulan lepas sebelum penyewa tu datang saya menerima lebih kurang 30 panggilan daripada individu yang berminat untuk menyewa tapi disebabkan deal dah dengan penyewa tersebut saya cakap rumah dah ada orang nak sewa...atas alasan tanggungjawab dan kejujuran dalam urusniaga.



sebelum penyewa datang saya ambil keputusan untuk baiki bahagian atap, tukar tangki, tukar sinki tandas, cat bilik, cat pintu bilik yang menelan belanja lebih 2k tapi saya tak ambil kira la sebab rumah saya untuk keselesaan bakal penyewa kan. untuk pengetahuan rumah sewa saya dengan rumah yang saya duduk dengan suami sekarang jarak perjalanan memakan masa sekurangnya 1 jam perjalanan pergi balik iaitu 35 minit pergi 35 minit balik.



pada 27hb febuari saya dapat call dari penyewa cakap dia nak datang esok iaitu 28hb febuari. 28hb febuari saya jumpa dia dan ambil balance sewa dan deposit dari dia dan saya balik. tiba2 pagi tadi saya menerima panggilan dari dia cakap nak sewa sampai hujung minggu ni sahaja, nak keluar mengejut katanya kawan dia dah carikan rumah sewa lain, dan dia cakap alasan jauh dari tempat kerja, padahal saya cakap tempat kerja dia dengan rumah saya jarak 15minit sahaja, lepastu dia tukar alasan tak jauh pagi2 jalan jammed dan dia bagi alasan taska/pusat jagaan kanak2 jauh dari rumah sewa tu. tapi saya rasa itu semua alasan dia sahaja.



jujurnya saya tak sangka dia buat macamni, sebab dah banyak saya bertolak ansur, timbang rasa, masa dan tenaga saya ulang alik ke rumah tu untuk baiki rumah dan mencantikkan dalaman rumah bagi selesa. tapi tak apalah kalau beliau tak mahu menyewa lagi tak boleh paksa kan?



persoalannya berapa banyak jumlah saya kena pulangkan kepada penyewa? saya rungsing jugak ni, saya bukannya tak berperikemanusian tapi kena fikir jugak la saya sebagai tuan rumah dah banyak bazir masa saya dan dah rugi sewa rumah saya semata tunggu dia..alih2 jadi camni.. mohon pendapat semua..terima kasih yang sudi membaca dan bagi pandangan.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire