dimanche 1 mars 2015

CG VAPERS CLUB [Ω] V2 - Kaki vape sila masuk!!


CG VAPERS CLUB V2

V1 DISINI






E-Cigarette FAQ



Vapers? vaping? vape? Arghh.. ape tu?




Quote:








Mudah cerita, vaping adalah menyedut wap air melalui mulut, masuk ke dalam paru²,

dengan menggunakan peralatan yang dinamakan rokok elektronik.



Macam rokok la ye?




Quote:








Aha, konsep dan tabiatnye sama je macam rokok tembakau. Cuma vaping lebih selamat

dan risiko pengunaannya terhadap kesihatan dapat dikurangkan berbanding dengan

mereka yang menghisap rokok tembakau.



Abistu, kalau dah sama mcm rokok, mcmana pulak boleh kata selamat?




Quote:








Vaping ni lebih kurang mcm rokok. Konsepnya sama, sedut dan hembus. Tetapi rokok

elektronik tidak menggunakan apa² tembakau yang mengandungi tar dan bahan tambahan

berbahaya lain sepertimana rokok. Orang yang menghisap rokok elektronik juga tidak perlu

risau akan asap second hand (second hand smoke) yang akan dihidu oleh orang lain.

Wapnya tidak mempunyai bau rokok dan ia menyejat ke udara lebih kurang 3 atau 4 saat sahaja.



Kenapa nak vape pulak? Berenti jela merokok!




Quote:








Orang merokok kerana ketagihan kepada nikotin. Selain nikotin, ada juga sebab lain

iaitu habit. Dah jadi habit perokok meletakkan sesuatu kedalam mulut mereka, memegang

sesuatu dijari mereka. Menghisap dan menghembus asap. Jadi untuk menghilangkan ketagihan

kepada nikotin dan membuang habit ini secara beransur² dan secara lebih sihat, rokok

elektronik adalah jawapannya.



Kenapa tak guna nikotin patch ke, kemam niquitin ke?




Quote:








Rujuk balik jawapan diatas. Ini semua sebab habit. Peratus orang yg berjaya berhenti merokok

hasil nikotin patch sangatlah rendah. Mereka xdapat "feel" sepertimana mereka merokok dulu.

Akhirnya, mereka kecewa dan kembali merokok.



Untuk siapa rokok elektronik ni?




Quote:








Rokok elektronik adalah sesuai untuk perokok tembakau yang ingin berhenti merokok. Ramai

perokok yang mengambil keputusan untuk berhenti merokok atas faktor kesihatan, isteri

mengandung yang alah dengan bau asap rokok, desakan ditempat kerja dan lain² lagi.

Rokok elektronik adalah pengganti dan alternatif terbaik bagi perokok² tembakau.



Bagaimana rokok elektronik berfungsi




Quote:








Rokok elektronik mempunyai elemen pemanas. Elemen pemanas ini akan memanaskan cecair

yang ada padanya lalu menghasilkan wap air yang dipanggil vapor. Pemanasan ini dijana

dengan menggunakan kuasa bateri. Vapers akan menyedut wap air itu tadi melalui mouthpiece

/ drip tip menggunakan mulut lalu masuk kedalam paru² dan kemudiannya dihembus. Tekniknya

adalah sama sahaja seperti menghisap rokok tembakau. Yang membezakannya hanyalah kandungan

bahan yang disedut. Untuk memahami dengan lebih lanjut bagaimana rokok elektronik berfungsi,

tonton video dibawah.



http://ift.tt/1wIchHr







Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire