mardi 24 mars 2015

Buku bacaan tambahan



KUALA LUMPUR 24 Mac – Kementerian Pendidikan akan menyediakan buku bacaan tambahan untuk diisi di perpustakaan sekolah di negeri Pantai Timur yang terjejas akibat banjir besar tahun lalu.


Idris Jusoh



Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pemberian buku tambahan berkenaan boleh digunakan sebagai sumber bacaan di perpustakaan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar.



“Buat masa ini, semua sekolah sudah dibekalkan dengan buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan. Jadi, buku tambahan ini akan diberikan sebagai sumber bacaan di perpustakaan sekolah yang boleh digunakan kepada pelajar sebagai bahan tambahan bagi kerja kursus mereka,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Sepetang Bersama Media Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 dan Pelancaran Tabung Buku Untuk Sekolah Yang Terjejas Banjir, di sini hari ini.



PBAKL 2015 akan berlangsung dari 24 April hingga 3 Mei depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Sementara itu, dalam majlis berasingan, Idris berkata, semua pihak mengingatkan menilai tahap pendidikan negara berdasarkan pencapaian pada masa sekarang dan bukannya menjadikan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) yang dikeluarkan tiga tahun lalu sebagai ukuran.



Kementerian Pendidikan, katanya, memberi jaminan bidang pendidikan negara akan terus memperlihatkan peningkatan yang berterusan dari segi kualiti dan pencapaian.



Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan kedudukan di universiti tempatan di peringkat antarabangsa sejak tahun 2012.



“Antara kaedah penilaian yang digunakan ialah Program Penilaian Pisa yang memperlihatkan peningkatan dalam kalangan pelajar di negara ini pada setiap tahun,” katanya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire