mercredi 1 avril 2015

Australia perkenal pemanduan sebelah kiri pada 2019



Perubahan sistem laluan trafik pemanduan ini dijangka dikuat kuasakan bermula 29 Feb 2019. - Foto ihsan caradvice.com.au



PERTH, 1 April : Australia bakal menyertai kalangan 90 peratus negara lain di dunia dengan memperkenalkan pemanduan kenderaan sebelah kiri (Left-Hand-Drive, LHD).



Sistem laluan trafik di negara ini sedang melalui proses radikal, apabaila melalui fasa perubahan peraturan sistem laluan trafik ke sebelah kanan, dan dijangka diguna pakai pada 2019.



Menurut laporan Caradvide Australia, pertukaran sistem ini memberikan warga Australia lebih banyak pilihan kenderaan di pasaran, dengan model popular dari Eropah dan Amerika Utara yang kini hanya memiliki format pemanduan sebelah kiri.



“Terdapat hanya kira-kira 60 jenama kenderaan yang dijual di Australia, dan saya merasakan kita memerlukan lebih daripada itu,” kata Pengurus Perubahan Peralihan Laluan, Geoffrey Raffe.



Tambahnya lagi, perubahan ini meletakkan Australia setanding dengan negara terkemuka lain di peta dunia, selain membuka peluang kepada pengurusan terowong trans-Pasifik yang lebih mudah dengan membolehkan perjalanan yang lebih lancar di antara Australia dan Amerika Syarikat.



Ketika ini, Australia adalah salah sebuah daripada 75 negara di dunia yang menggunakan sistem laluan trafik di sebelah kiri (pemanduan kanan) berbanding 161 negara lain yang menggunakan sistem laluan trafik sebelah kanan (pemanduan kiri).



Perubahan sistem laluan trafik pemanduan ini dijangka dikuat kuasakan bermula 29 Feb 2019.





Read more: http://ift.tt/1IoYkV4




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire