mercredi 1 avril 2015

isu topup- gomen hanya pandai baling batu sembunyi tangan

Penjelasan dan keluhan peniaga telekomunikasi kecil-kecilan.



Semua bising mengenai kenaikan harga topup yang dikenakan GST 6%. Untuk makluman admin kami diarahkan oleh syarikat telko seperti celcom, maxis, digi, umobile dan lain2 untuk mengenakan 6% GST kepada costumer seperti surat yang dilampirkan.



Peniaga seperti kami telah dikenakan GST 6% semasa membeli topup tersebut. sebelum GST kami cuma mendapat keuntungan antara 25sen-35sen sahaja untuk topup RM10 dan selepas GST juga kami mendapat keuntungan sebegitu. cuma modal kami menjadi lebih kerana dikenakan GST 6% oleh distributor syarikat telko tersebut. sedangkan keuntungan sama. dulu modal kami utk topup RM10 antara RM9.65-RM9.75 tetapi kini modal kami telah menjadi RM10.25-RM10.35.



macammana kami nak jual topup RM10. Syarikat telko menyatakan kerajaan mengarahkan mereka untuk mengenakan GST 6% keatas peniaga dan pelanggan. Kini kerajaan pulak menafikan, seolah-olah lempar batu sembunyi tangan.



Kami sebagai peniaga juga tidak suka GST ni. Dah lah terpaksa mengeluarkan modal yang banyak terpaksa pulak menghantar resit belian dan jualan paling kurang 3 bulan sekali kepada kastam. kalau tidak berbuat demikian kami akan didenda.



Kami peniaga kecil2an jualan tidak sampai RM500k tetapi terpaksa mendaftar GST, kalau x daftar dilarang mengambil GST daripada costumer sedangkan kami dikenakan GST. kini kami seolah-olah pengutip cukai tidak bergaji utk kerajaan sedangkan kerja kami dah bertimbun2. kini ditambah lagi beban. harap kalian nilailah sendiri dan fikirkan sendiri, kalau nak marah. marahlah pada yg berkenaan bukan pada peniaga seperti kami.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire