jeudi 2 avril 2015

Ops Bersepadu Pematuhan GST bantu masyarakat




Pegawai kanan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memeriksa senarai barangan yang dikenakan GST dalam Ops Bersepadu Pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di sebuah pasar raya, di Kuching, semalam. UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA



KUCHING 2 April – Ops Bersepadu Pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijalankan dilihat membantu secara tidak langsung kepada anggota masyarakat memahami bagaiamana cukai itu dikenakan kepada mereka.


Tinjauan Utusan Malaysia mengikuti operasi tersebut menyaksikan sesetengah pengguna mengambil peluang untuk bertanyakan terus kemusyikilan mengenai GST kepada anggota penguat kuasa.



Bagi seorang pengguna, Wan Osman Syed Ismail, 48, berkata, pemantauan tersebut perlu dilakukan berterusan bagi memastikan peniaga mengikuti panduan yang ditetapkan dalam pelaksanaan cukai itu.



“Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana peniaga yang menaikkan harga sesuka hati contohnya kad nilai tambah prabayar yang dikecualikan GST dilihat ada pekedai menaikkan harga.



“Selain itu, kehadiran anggota penguat kuasa ini juga dapat menjadi tempat rujukan kepada masyarakat,” katanya.



Ops bersepadu itu dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri.



Tambahnya, setakat ini tiada sebarang masalah dan memang ada harga yang naik namun tidak begitu banyak.



Bagi suri rumah, Shereena Ehsan, 27, sebagai pengguna mereka perlulah menggunakan kuasa mereka sebaiknya.



“Jika mendapati ada peniaga ambil kesempatan, kita boleh melaporkan kepada pihak penguatkuasa yang berkenaan.



“Pelaksanaan GST ini pun masih baharu, jadi pasti ada perkara yang perlu diperbaiki dan ditambah baik agar dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.




Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire